Erti Sebuah Kehidupan...

Posted by m_herzali m_haled

                                           
Bila mana manusia ditiupkan ruh ke dalam jasadnya lantas menjejakkan kakinya ke muka bumi, maka bermulalah episod baru perjuangan seorang hamba yang juga khalifah kepada Tuan Empunya dunia. Sebagai seorang Muslim atau Mukmin seharusnya kita sedar bahawa hakikat kelahiran setiap daripada kita di atas muka bumi ini merupakan satu ketentuan atau taqdir Allah s.w.t. Maka apabila kita menyedari dan memahami hakikat ini sewajarnya kita merasa layak untuk menikmati kehidupan dan kejayaan di dunia ini.

Adalah mustahil sekiranya kita mengandaikan bahawa kita diciptakan Allah untuk gagal kerana ia bersalahan dengan sifatNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Secara peribadi saya mengandaikan bahawa kehidupan kita di dunia ini ibarat satu pengembaraan yang menuntut kepada kesabaran untuk mencapai KEJAYAAN yang hakiki. Setiap daripada kita diciptakan bukan dengan kebodohan tetapi dengan kebijaksanaan yang berbeza-beza. Setiap daripada kita dikurniakan kekuatan yang seadil-adilnya dengan berbekalkan "kelengkapan" untuk memastikan setiap kita BERJAYA. Ia sekaligus menggambarkan betapa adil dan sayangnya Allah terhadap sekalian hambaNya. Akan tetapi kita harus berusaha untuk "explore" setiap kekuatan dan kelengkapan yang dimaksudkan. Barangsiapa yang pantas menjumpainya maka dialah yang akan terlebih dahulu merasai KEJAYAAN tersebut! Sebaliknya bagi mereka yang malas berusaha mendapatkannya nescaya lambat atau mungkin tidak akan menemukan KEJAYAAN tersebut.

Setiap "kelengkapan" tersebut merupakan suatu nikmat Allah yang tidak terhitung nilainya. Ia merupakan amanah yang perlu kita pikul dan pelihara sebaiknya. Apakah "kelengkapan" yang dimaksudkan? Iaitulah al-Quran, al-Sunnah, akal, ilmu dan bakat yang dikurnia. Sekiranya kita gagal memilikinya atau gagal mengedalikannya bermakna kita akan KECUNDANG dan tidak akan menemui KEJAYAAN yang dicari. Samala ia umpama kompas yang membantu kita mencari arah tuju perjalanan.

Tetapi kita harus ingat! Dalam setiap pengembaraan pasti tidak akan menemukan satu perjalanan yang mudah. Setiap manusia yang ingin berjaya pasti akan ada musuhnya. Justeru siapa musuh kita? Sudah tentulah hawa nafsu dan syaitan - musuh abadi; dan juga orang-orang yang tidak mahu beriman dan memusuhi Allah s.w.t. Justeru, sebagai seorang pengembara kita harus jelas ke mana untuk dituju dan bagaimana untuk memastikan selamat sampai ke destinasinya.  

  
Adakah mustahil untuk kita menumpaskan musuh-musuh kita? Sudah tentu tidak! Di sinilah pentingnya kita untuk mendapatkan "kelengkapan" yang Allah s.w.t. sediakan dan mengoptimumkan kekuatannya untuk kita mendepani musuh-musuh tersebut. Untuk melaksanakan tugas ini setiap daripada kita memerlukan "tenaga yang cukup" - iaitu keyakinan diri. Keyakinan diri perlu kita bentuk dan pupuk sehingga ia benar-benar cukup bertenaga. Kata hukama; "Jika kita dapat menguasai diri kita, kita akan dapat menguasai dunia".

Secara kesimpulannya, penghidupan kita di dunia ini merupakan satu ketetapan dan punya matlamat yang jelas. Satu pengembaraan yang panjang dan dipenuhi dengan pelbagai ujian untuk menguji kesungguhan dan keikhlasan kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Hanya mereka yang punya keyakinan diri yang tinggi berbekalkan "kelengkapan" yang diberi mampu menidakkan sebarang gangguan luaran dan dalaman - seterusnya melangkah penuh bergaya menuju ke puncak KEJAYAAN - seorang yang cemerlang di dunia dan selayaknya menerima ganjaran pahala dan syurga!


Bahaya Satanisma Terhadap Akidah

Posted by m_herzali m_haled

Sejak akhir-akhir ini saya kerap melawat laman-laman sesawang yang menyentuh tentang salah laku akidah khususnya dalam kalangan umat Islam pada masa kini. Ternyata masyarakat kita sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa hampir setiap hari mereka terdedah kepada ancaman-ancaman yang boleh meruntuh akidah mereka.

Dengan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat yang wujud pada masa kini memberi ruang yang semakin terbuka kepada musuh-musuh Islam untuk menguasai hati-hati dan pemikiran umat Islam secara terang mahupun secara berselindung.

Maka tidak hairanlah mengapa ramai di antara saudara seagama kita yang telah murtad, terlibat dengan aktiviti-aktiviti syirik seperti kumpulan Black Metal dan mengadakan/menyebarkan ajaran-ajaran yang sesat.

Daripada pemerhatian saya, semua ini banyak terkait dengan pengaruh unsur-unsur pemujaan syaitan/iblis (satanism) yang ditaja oleh musuh-musuh Islam sejak sekian lama. Ianya dapat disaksikan melalui pelbagai medium/saluran antaranya muzik, filem, kartun, alat permainan, aksesori badan dan banyak lagi. Kesemua elemen ini hakikatnya adalah 'racun' yang dicipta oleh musuh-musuh Islam dalam bentuk hedonistic untuk memusnahkan seluruh umat Islam dari peringkat usia kanak-kanak lagi.

Antara contoh bahan/kandungan yang mempunyai elemen-elemen satanisma:
1. Kesemua rancangan dan produk Disney
2. Aksesori lelaki dan wanita yang bersimbol seperti kepala kambing, bintang berbucu lima terbalik, burung hantu (symbol of wisdom) dan mata satu.
3. Lagu-lagu dan filem-filem berunsur pemujaan/pengiktirafan kuasa-kuasa iblis dan menghina agama/Tuhan. Contoh, filem Pirate of The Caribbean

Antara contoh simbol yang digunakan/berkaitan dengan satanisma:



Saya percaya ramai antara kita yang tidak sedar bahawa pengaruh satansima telah disebar dan diterima secara universal. Contoh paling jelas adalah dengan penggunaan simbol peace yang mewakili maksud keamanan sebenarnya mengandungi seribu satu maksud yang tersembunyi menurut sejarah awal kemunculannya. Begitu juga dapat kita lihat pada catatan di atas kepingan Dolar US yang turut memaparkan elemen tersebut secara sembunyi. Sebagaimana yang sedia maklum, Amerika merupakan pusat penyebaran dakyah satanisma ke seluruh dunia melalui gerakan freemason.

Berikut beberapa icon dunia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyebarkan pengaruh satanisma ke seluruh dunia:













Justeru itu, marilah kita sama-sama membendung penularan 'virus' ini daripada terus membarah ke dalam diri anak-anak muda kita pada hari ini demi memastikan Islam dan akidah umatnya kan terus kekal terpelihara. Keselamatan akidah adalah tanggungjawab kita bersama. "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka".

Antara laman sesawang yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Wajib tonton:

Belajar Bersyukur

Posted by m_herzali m_haled


Syukur merupakan suatu kalimah yang sangat indah dan mengandungi makna yang tidak terhingga nilainya. Bahkan al-Quran telah meletakkan jaminan yang besar bahawa barangsiapa yang bersyukur kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan menambahkan nikmat-Nya kepada mereka.

Terdapat dua manfaat besar yang boleh kita perolehi daripada amalan bersyukur iaitu:

1) Ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. bagi mereka yang bersyukur dengan hati yang benar-benar ikhlas.
2) Menghadirkan perasaan yang tenang (feeling good). Perasaan yang tenang dan aman hanya akan dapat dinikmati oleh orang-orang yang sentiasa tahu dan mahu bersyukur kepada-Nya.



Sudahkah anda bersyukur? atau masih lagi berdengkur?! Apakah anda telah merasai nikmat bersyukur dan ingin menambahkan rasa nikmat itu? Ayuh lupakan mengeluh! Tinggalkan mencemuh! Mulailah bersyukur dan perbanyakkanlah bersyukur! InsyaAllah tiada lagi perkara yang bisa merunsingkan hati kita di saat Allah s.w.t. ada bersama kita...

Related Posts with Thumbnails

Ruangan Forum