Sejak akhir-akhir ini saya kerap melawat laman-laman sesawang yang menyentuh tentang salah laku akidah khususnya dalam kalangan umat Islam pada masa kini. Ternyata masyarakat kita sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa hampir setiap hari mereka terdedah kepada ancaman-ancaman yang boleh meruntuh akidah mereka.
Dengan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat yang wujud pada masa kini memberi ruang yang semakin terbuka kepada musuh-musuh Islam untuk menguasai hati-hati dan pemikiran umat Islam secara terang mahupun secara berselindung.
Maka tidak hairanlah mengapa ramai di antara saudara seagama kita yang telah murtad, terlibat dengan aktiviti-aktiviti syirik seperti kumpulan Black Metal dan mengadakan/menyebarkan ajaran-ajaran yang sesat.
Daripada pemerhatian saya, semua ini banyak terkait dengan pengaruh unsur-unsur pemujaan syaitan/iblis (satanism) yang ditaja oleh musuh-musuh Islam sejak sekian lama. Ianya dapat disaksikan melalui pelbagai medium/saluran antaranya muzik, filem, kartun, alat permainan, aksesori badan dan banyak lagi. Kesemua elemen ini hakikatnya adalah 'racun' yang dicipta oleh musuh-musuh Islam dalam bentuk hedonistic untuk memusnahkan seluruh umat Islam dari peringkat usia kanak-kanak lagi.
Antara contoh bahan/kandungan yang mempunyai elemen-elemen satanisma:
1. Kesemua rancangan dan produk Disney
2. Aksesori lelaki dan wanita yang bersimbol seperti kepala kambing, bintang berbucu lima terbalik, burung hantu (symbol of wisdom) dan mata satu.
3. Lagu-lagu dan filem-filem berunsur pemujaan/pengiktirafan kuasa-kuasa iblis dan menghina agama/Tuhan. Contoh, filem Pirate of The Caribbean
Antara contoh simbol yang digunakan/berkaitan dengan satanisma:
berminat menjadi SALE ADVISOR redONE, kenapa ?
8 tahun yang lalu
salam ...ustaz..pasal pece tu... alyaa penah dgr...tp just tau yg dia ada kaitan ngan yahudi2 nih...but then xtau detail..pliz tell d real story 4 me..leyla alyaa sebarkn nant...
salam,
berdasarkan kepada apa yang saya perhati, simbol peace telah melalui satu evolusi yang berakar daripada simbol2 satanic termasuklah hippies... simbol hippies/peace digunakan oleh orang2 yang anti-Kristian pada asalnya sebelum dikembangkan kepada anti-agama yang lain... Pun begitu simbol tersebut telah diperluaskan penggunaannya bagi mewakili golongan anti peperangan, anti keganasan dan anti nuklear... Dalam pada masa yang sama sebenarnya pendokongnya adalah mereka yang tetap menganggap agama/Tuhan tdak wujud dan tidak berkuasa melainkan syaitan... Justeru, tak kira apa yang kita buat sekalipun kena rujuk akar umbi sejarahnya terlebih dahulu, bukan terus mengikut secara melulu..
http://www.onlygooddreams.com/articles/peace.php
http://www.designboom.com/contemporary/peace.html
Saya menonton video bersiri 'Satu Kedatangan' yang dialihbahasa drpd versi bahasa Inggerisnya, 'The Arrivals'. Membongkar perkaitan konspirasi2 dunia yg pada saya membenarkan betapa musuh Islam tidak pernah berhenti memikirkan bagaimana untuk menghancurkan umat ini. 18PL
http://www.youtube.com/watch?v=vXFZOn5qL60
Terima kasih saudara RR...