Kelas bahasa Jepun

Posted by m_herzali m_haled

Mahu Belajar Bahasa Jepun????


Yang pemarah - KEIJI CACIMAKHI

Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

Yang bisu - KIETA TADASORA

Yang suka makan nasi - NACHI KASHIBANYA

Yang suka layan blues - APOYI NADIKATO

Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJHI

Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

Yang sangat kedekut -MATIMATI TAMOKASHI

Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATHI

Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

Yang tak suka gosok gigi - TARAGIGI PADANOMUKA

Yang kena tinggal bini - SYUSAHI BINILARI

Yang suka merempit - SUKARO CARIMATHI

Yang Lembab - EKONI SIPUTBABI

Yang badan hangit - SAIFOO BAUKARIE



Awal kalam...

Posted by m_herzali m_haled

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat saya memperbaharui blog saya yang dah sekian lama tidak dijengah... Faktor kekangan masa dan beban tugas menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog.

Tujuan utama saya menghidupkan blog ini adalah untuk berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu bersama rakan-rakan. Memandangkan kepesatan teknologi kini telah menjadi kegilaan majoriti masyarakat, alangkah molek kiranya diperbanyakkan lagi penulisan-penulisan ilmiah dan bermanfaat yang mampu mengajak manusia kepada kema'rufan. Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini akan dipermudahkan-Nya dan memberikan banyak kebaikan kepada diri saya dan rakan-rakan...

JAIS semakin mencemaskan

Posted by m_herzali m_haled

Assalamualaikum w.b.t.

Saya kira umum masih menyedari dan ingat akan kontroversi yang tercetus membabitkan pihak JAIS dan seorang pendakwah terkenal tanah air tidak lama dahulu. Isu tersebut telah mendapat liputan yang meluas di dada-dada akhbar serta laman-laman sesawang seluruh tanah air. banyak spekulasi dan andaian yang  dibuat baik individu awam sehinggalah ke peringkat tokoh-tokoh politik dan pemimpin. Apa yang menariknya tentang isu ini? Mungkin berkebetulan ia melibatkan sosok tubuh seorang pendakwah yang terkenal di negara ini. Apapun secara peribadi saya kurang tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu ini dengan lebih panjang lebar.

Namun dalam tempoh dua hari ini saya agak terkejut apabila terbaca satu lagi kontroversi melibatkan keputusan dan tindakan JAIS terhadap seorang lagi pendakwah bebas terkenal yang juga bekas penyanyi rock suatu ketika dahulu. Apa yang menghairankan dan membuatkan saya terkilan ialah apabila melihatkan sikap dan karenah JAIS yang dilihat semakin 'pelik'. Saban masa dan ketika ada sahaja kontroversi yang ditimbulkan. Kalau nak dikira, agak melucukan juga apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh orang no1 JAIS terhadap ustaz rock tersebut. Kenapalah JAIS nak menyusahkan diri menjerumuskan diri ke kancah kontroversi sebegini walhal ia boleh dibincangkan secara baik. Silap hari bulan memalukan diri sendiri.

Kenapalah sejak akhir-akhir ni JAIS sibuk nak menyekat dan menghalang kerja-kerja dakwah kat Selangor ni.... Padahal peranan mereka untuk menyokong dan menggalakkan usaha-usaha sebegini. Takut orang kata ustaz-ustaz JAIS tak buat kerja ke? Atau cemburu dengan populariti pendakwah-pendakwah bebas di Selangor? Jangan sampai JAIS menjadi tali barut orang-orang yang memusuhi Islam pulak. MELAMPAU!
JAIS sepatutnya mempermudahkan lagi urusan dakwah di Selangor dan bukannya asik tahu nak black list je.

Lebih menyedihkan lagi sekarang ni masih kedapatan banyak perkara-perkara maksiat di Selangor tetapi tidak berjaya lagi ditangani oleh pihak JAIS. Walhal itulah tugas mereka yang paling utama. Daripada berkerja keras nak menguatkuasakan undang-undang terhadap penceramah dan pendakwah menyebarkan Islam di Selangor, lebih baik mereka memikirkan cara-cara lebih berkesan untuk membasmi kegiatan-kegiatan maksiat di Selangor termasuk yang melibatkan orang-orang penting dalam negeri. Tunjukkan keikhlasan dan keberanian dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Saya percaya tidak semua pegawai-pegawai JAIS yang bermasalah. Tetapi ada segelintir yang cuba menggunakan kuasanya untuk tujuan-tujuan yang salah. Saya harap JAIS harus cepat menyedari masalah yang wujud dan menyelesaikannya sebelum masayarakat hilang kepercayaan dan semakin keliru. wallahua'lam...

Tazkirah

Posted by m_herzali m_haled

Sembilan pembaziran tanpa disedari


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.

Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Posted by m_herzali m_haled

Mutiara kata

Posted by m_herzali m_haled

8 Chinese proverb:-


WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME

WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME

WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP

WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE

WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH

WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT

WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE

WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE

Jamuan Hari Raya CFS & Institut Taufiq Islami

Posted by m_herzali m_haled




Posted by Picasa

Related Posts with Thumbnails

Ruangan Forum