JAIS semakin mencemaskan

Posted by m_herzali m_haled

Assalamualaikum w.b.t.

Saya kira umum masih menyedari dan ingat akan kontroversi yang tercetus membabitkan pihak JAIS dan seorang pendakwah terkenal tanah air tidak lama dahulu. Isu tersebut telah mendapat liputan yang meluas di dada-dada akhbar serta laman-laman sesawang seluruh tanah air. banyak spekulasi dan andaian yang  dibuat baik individu awam sehinggalah ke peringkat tokoh-tokoh politik dan pemimpin. Apa yang menariknya tentang isu ini? Mungkin berkebetulan ia melibatkan sosok tubuh seorang pendakwah yang terkenal di negara ini. Apapun secara peribadi saya kurang tertarik untuk mengambil tahu mengenai isu ini dengan lebih panjang lebar.

Namun dalam tempoh dua hari ini saya agak terkejut apabila terbaca satu lagi kontroversi melibatkan keputusan dan tindakan JAIS terhadap seorang lagi pendakwah bebas terkenal yang juga bekas penyanyi rock suatu ketika dahulu. Apa yang menghairankan dan membuatkan saya terkilan ialah apabila melihatkan sikap dan karenah JAIS yang dilihat semakin 'pelik'. Saban masa dan ketika ada sahaja kontroversi yang ditimbulkan. Kalau nak dikira, agak melucukan juga apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh orang no1 JAIS terhadap ustaz rock tersebut. Kenapalah JAIS nak menyusahkan diri menjerumuskan diri ke kancah kontroversi sebegini walhal ia boleh dibincangkan secara baik. Silap hari bulan memalukan diri sendiri.

Kenapalah sejak akhir-akhir ni JAIS sibuk nak menyekat dan menghalang kerja-kerja dakwah kat Selangor ni.... Padahal peranan mereka untuk menyokong dan menggalakkan usaha-usaha sebegini. Takut orang kata ustaz-ustaz JAIS tak buat kerja ke? Atau cemburu dengan populariti pendakwah-pendakwah bebas di Selangor? Jangan sampai JAIS menjadi tali barut orang-orang yang memusuhi Islam pulak. MELAMPAU!
JAIS sepatutnya mempermudahkan lagi urusan dakwah di Selangor dan bukannya asik tahu nak black list je.

Lebih menyedihkan lagi sekarang ni masih kedapatan banyak perkara-perkara maksiat di Selangor tetapi tidak berjaya lagi ditangani oleh pihak JAIS. Walhal itulah tugas mereka yang paling utama. Daripada berkerja keras nak menguatkuasakan undang-undang terhadap penceramah dan pendakwah menyebarkan Islam di Selangor, lebih baik mereka memikirkan cara-cara lebih berkesan untuk membasmi kegiatan-kegiatan maksiat di Selangor termasuk yang melibatkan orang-orang penting dalam negeri. Tunjukkan keikhlasan dan keberanian dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Saya percaya tidak semua pegawai-pegawai JAIS yang bermasalah. Tetapi ada segelintir yang cuba menggunakan kuasanya untuk tujuan-tujuan yang salah. Saya harap JAIS harus cepat menyedari masalah yang wujud dan menyelesaikannya sebelum masayarakat hilang kepercayaan dan semakin keliru. wallahua'lam...

2 comments:

  1. m_herzali m_haled berkata...

    Ulasan ini hanya sekadar pandangan peribadi terhadap pihak2 tertentu di dalam JAIS...

  2. Cahaya berkata...

    Salam ukhuwah..
    Emm..tindakan JAIS kebelakangn ni mmg agak 'kontroversi'..
    Semua isu berkenaan tauliah..
    Spt y kita maklum..jbtn agama ada prosedur..
    Sesiapa y nk dberi tauliah..antara syaratnya adalah mesti ada latar belakang agama y JELAS n DIYAKINI..
    Tauliah ni ibarat 'certificate'..degree..master n so on..
    Jd..bukan senang nk bg tauliah g2-g2 sahaja n kepada sesiapa sahaja..
    Pandai berbicara soal agama tidak mencukupi n masih belum layak untuk dberi tauliah bg menyampaikan ceramah2 agama..
    Kalau menuntut ilmu..berapa lama? Diiktiraf bagaimana? Menuntut ilmu atau sekadar menghadiri majlis2 ilmu dan sekadar mendengar?

    Cth ringkas y ingin sy kemukakan..
    Jika si A ni ada dgree/master/phd n pengiktirafan dr mana2 ulama/mufti/so on dlm bidang agama yakni syariah..
    Jd JAIS beri tauliah kpd si A..
    Situasinya..si A menyampaikan ceramah dan berlaku kesilapan dlm menyampaikan fakta..
    Ada hamba Allah y sedar ttg kesilapan tsebut..dan btanya kpd JAIS..kenapa bg kebenaran n tauliah kpd si A?
    At least..JAIS boleh mberi jwpn dgn mengatakan bahawa si A ada certificate/latar blkg agama y jelas..

    Bayangkan jika si A tsebut tiada latar blkg agama y jelas n dyakini..apa y JAIS boleh jawab?
    Atas dasar apa tauliah tsebut dberikan?
    Kerana si A dkenali ramai? Si A ni artis n popular? Jd masyarakat akan yakin dgn apa y dsampaikan?
    Tidak semudah e2..
    Apa sahaja y blaku..JAIS jg y akan btggngjwb n dpertanggungjawabkan..

    Isu mengenai dr Asri..
    Usahlah kita pertikaikan lg..
    Kerana dsebalik tindak tanduk JAIS..
    Pasti didahului dgn kajian n pemerhatian..
    Bukan dgn membuat tindakan y semberono..
    Jd..pd pandangan sy sbg hamba Allah y dhaif lg hina..
    Tindakan JAIS e2 tidak salah..

    JAIS tidak menghalang bg ceramah..
    Tp bercakap soal agama perlukan tauliah..
    JAIS y mwakili jbtn agama perlu mencegah drpd kejadian y lebih buruk blaku..
    Wallahua'lam..

Related Posts with Thumbnails

Ruangan Forum